Penyiasat Persendirian/PI atau Private Investigator

Penyiasat Persendirian juga di kenali sebagai PI atau Private Investigator di seluruh dunia. Penyiasat Persendirian adalah seseorang yang dilantik oleh pihak individu atau sektor korporat untuk membantu hal hal berkaitan siasatan yang melibatkan individu yang lain atau syarikat sepertimana keperluan pihak yang melantik Penyiasat Persendirian itu.

Di negara kita Malaysia, kebiasaannya; Penyiasat Persendirian sering di kaitkan dengan masalah dan isu isu rumahtangga sedangkan keperluan untuk umum atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan penyiasatan adalah agak meluas. Antara ciri-ciri keperluan pihak masyarakat/umum atau individu mahupun pihak korporat melantik Penyiasat Persendirian adalah apabila siasatan yang di perlukan tidak melibatkan kes-kes jenayah berat.

Pemilihan Penyiasat Persendirian yang benar -benar berpengalaman dan mahir sebelum di lantik bagi membantu menyelesaikan masalah individu atau pihak korporat adalah WAJIB bagi mengelakkan kesukaran yang tidak terjangka dalam proses menyelesaikan permasalahan itu. Ini adalah kerana, terdapat individu-individu yang tidak benar-benar berkelayakan atau berkemahiran serta tidak cukup berpengalaman dalam mengendalikan siasatan yang di perlukan dan hasilnya biasanya kegagalan dalam memenuhi tuntutan keperluan pelanggan atau kemungkinan pelanggan ditipu atau hasil siasatan yang sangat tidak memuaskan serta langsung tidak membantu mnyelesaikan permasalahan anda dan sebaliknya bakal menimbulkan permasalahan yang baru atau tidak terjangka.

Faktor lain yang WAJIB di ambil kira adalah, ada kemungkinan individu-individu yang hanya bekerja Part Time dan tidak cukup berpengalaman yang mungkin telah anda lantik menjadi Penyiasat Persendirian anda untuk membantu siasatan yang anda perlukan.

Di Avant Private Investigator Sdn Bhd, anda DI JAMIN akan di bantu oleh Penyiasat Persendirian/PI yang berpengalaman luas dan mahir dalam bidang siasatan samada melibatkan siasatan keatas individu atau entiti perniagaan yang di ragukan kesahihannya. Malahan anda akan mendapat khidmat konsultansi yang profesional dan praktikal.

-shah-